Wednesday, 21 May 2014

TOK GURU

Buku ini  ditulis oleh Habibul Izzah Ahmad  yang memaparkan  perjalanan  dan perjuangan awal Tuan Guru Dato' Haji Abdul Nik  Mat sebelum terjun dalam arena  politik

Sejarah hidupnya bermula dengan mendapat  pendidikan  daripada ayahnya, Haji Nik Mat ataupun lebih dikenali sebagai Tok  Ku Nik  Mat  sebelum melangkah ke Pondok Tok Guru  Haji Abbas,  Besut, Terengganu.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Deoband(Darul Ulum), India dan seterusnya ke Mesir. Tok Guru mendapat ijazah sarjana dalam perundangan Islam dan Kehakiman daripada Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Dalam tahun 1990, iaitu pada 23 Oktober beliau dilantik  sebagai Menteri Besar Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menguasai tampuk pemerintahan Kelantan. Angkatan ini diketuai oleh PAS.


Beliau bersara sebagai Menteri Besar Kelantan setelah 23 tahun menguasai Kelantan. Persaraannya dilakukan selepas pilihanraya 2013.

Walaupun  telah bersara dalam politik,  beliau terus kekal sebagai  Mursyidul 'Am dan  pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.

Buku ini mengandungi 250 muka surat dan dijual  dengan harga RM 30.00. Buku Tok Guru diterbitkan  oleh Ilham Centre.  


Oleh  Shakir  Taha.

Monday, 19 May 2014

Menghargai Kehidupan

Buku yang bertajuk " Menghargai  Kehidupan" boleh dibaca secara santai tetapi ada  beberapa catatan( anecdotes) yang perlu ada latarbelakang akademik  yang  baik. Tanpa latarbelakang akademik yang baik  sukar kita hendak memahami siapakah Antotio Gramsci itu.


Buku ini secara  keseluruhannya ialah sebuah himpunan   catatan tentang  pelbagau hal kehidupan seperti alam dan persekitaran, pemaknaan kehadiran , persahabatan, perjalanan  dan kunjungan,  ilmu dan intelek, pengkaryaan, dan  insan-insan yang  berjasa.


Melalui catatan-catatan pendek  ini  penulis mengajak pembaca  bersama-sama  mengimbas  kembali dan  merenung beberapa isu perenial  dalam  kehidupan  kita  yang  sementara dan  amat menarik ini.


Buku ini  setebal 150 halaman dan  harganya RM 15.000 sahaja.



Oleh  Shakir    Taha

shakirtaha@gmail.com

Thursday, 15 May 2014

Buku Untuk Sukarelawan

Buku ini saya kira cukup menarik kerana merupakan satu-satunya teks  yang  komprehensif  tetapi relatif ringkas dalam Bahasa Melayu atau  gente kerja  sosial. Pembangunan Komuniti, Kesukarelawanan,Khidmat Komuniti/ Masyarakat,  Keusahawanan Sosial, dan bidang-bidang berkaitan) yang boleh dijadikan  panduan/rujukan  oleh pengamal(profesional dan sukarela) dan  para pelajar bidang berkenaan.

Bekerja dengan Komuniti setebal 205 halaman.  ialah sebuah buku tentang 'fundamentals' kerja  komuniti.  Pelbagai aspek kerja kominiti  dihuraikan meliputi tujuan  dan  matlamat kerja,  mengenal komuniti, nilai dan etika kerja,  model-model  kerja  komuniti,  siapakah  pekerja  komuniti, profil komuniti, penyusunan(pengorganisasian) komuniti,  isu-isu dalam kerja komuniti,  tenaga penggerak komuniti,  rangkaian/ jaringan sosial,. sumber, proses pendidikan dalam  kerja  komuniti, penyelidikan dan  penggunaan  media

Buku ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Azizan,(gambar kiri) seorang tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi(ICOM), Universiti Perlis.







Oleh Shakir  Taha

shakirtaha@gmail.com