Wednesday, 21 May 2014

TOK GURU

Buku ini  ditulis oleh Habibul Izzah Ahmad  yang memaparkan  perjalanan  dan perjuangan awal Tuan Guru Dato' Haji Abdul Nik  Mat sebelum terjun dalam arena  politik

Sejarah hidupnya bermula dengan mendapat  pendidikan  daripada ayahnya, Haji Nik Mat ataupun lebih dikenali sebagai Tok  Ku Nik  Mat  sebelum melangkah ke Pondok Tok Guru  Haji Abbas,  Besut, Terengganu.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Deoband(Darul Ulum), India dan seterusnya ke Mesir. Tok Guru mendapat ijazah sarjana dalam perundangan Islam dan Kehakiman daripada Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Dalam tahun 1990, iaitu pada 23 Oktober beliau dilantik  sebagai Menteri Besar Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menguasai tampuk pemerintahan Kelantan. Angkatan ini diketuai oleh PAS.


Beliau bersara sebagai Menteri Besar Kelantan setelah 23 tahun menguasai Kelantan. Persaraannya dilakukan selepas pilihanraya 2013.

Walaupun  telah bersara dalam politik,  beliau terus kekal sebagai  Mursyidul 'Am dan  pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.

Buku ini mengandungi 250 muka surat dan dijual  dengan harga RM 30.00. Buku Tok Guru diterbitkan  oleh Ilham Centre.  


Oleh  Shakir  Taha.

No comments:

Post a Comment