Buku ini ditulis oleh Habibul Izzah Ahmad yang memaparkan perjalanan dan perjuangan awal Tuan Guru Dato' Haji Abdul Nik Mat sebelum terjun dalam arena politik
Sejarah hidupnya bermula dengan mendapat pendidikan daripada ayahnya, Haji Nik Mat ataupun lebih dikenali sebagai Tok Ku Nik Mat sebelum melangkah ke Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Deoband(Darul Ulum), India dan seterusnya ke Mesir. Tok Guru mendapat ijazah sarjana dalam perundangan Islam dan Kehakiman daripada Universiti Al-Azhar di Kaherah.
Dalam tahun 1990, iaitu pada 23 Oktober beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menguasai tampuk pemerintahan Kelantan. Angkatan ini diketuai oleh PAS.
Beliau bersara sebagai Menteri Besar Kelantan setelah 23 tahun menguasai Kelantan. Persaraannya dilakukan selepas pilihanraya 2013.
Walaupun telah bersara dalam politik, beliau terus kekal sebagai Mursyidul 'Am dan pengerusi Majlis Syura Ulama PAS.
Buku ini mengandungi 250 muka surat dan dijual dengan harga RM 30.00. Buku Tok Guru diterbitkan oleh Ilham Centre.
Oleh Shakir Taha.