Thursday, 15 May 2014

Buku Untuk Sukarelawan

Buku ini saya kira cukup menarik kerana merupakan satu-satunya teks  yang  komprehensif  tetapi relatif ringkas dalam Bahasa Melayu atau  gente kerja  sosial. Pembangunan Komuniti, Kesukarelawanan,Khidmat Komuniti/ Masyarakat,  Keusahawanan Sosial, dan bidang-bidang berkaitan) yang boleh dijadikan  panduan/rujukan  oleh pengamal(profesional dan sukarela) dan  para pelajar bidang berkenaan.

Bekerja dengan Komuniti setebal 205 halaman.  ialah sebuah buku tentang 'fundamentals' kerja  komuniti.  Pelbagai aspek kerja kominiti  dihuraikan meliputi tujuan  dan  matlamat kerja,  mengenal komuniti, nilai dan etika kerja,  model-model  kerja  komuniti,  siapakah  pekerja  komuniti, profil komuniti, penyusunan(pengorganisasian) komuniti,  isu-isu dalam kerja komuniti,  tenaga penggerak komuniti,  rangkaian/ jaringan sosial,. sumber, proses pendidikan dalam  kerja  komuniti, penyelidikan dan  penggunaan  media

Buku ini ditulis oleh Prof. Madya Dr. Azizan,(gambar kiri) seorang tenaga pengajar di Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi(ICOM), Universiti Perlis.







Oleh Shakir  Taha

shakirtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment